MySJ Trace ganti fungsi checkout, ini cara kemas kini di aplikasi MySejahtera

Digital
29 Dec 2021 • 2:09 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available
Normal baharu, MySejahtera kini ‘peneman sejati’

UMUM maklum aplikasi MySejahtera mula diwujudkan selepas negara dilanda penularan Covid-19.

Ia dibangunkan kerajaan untuk membantu pengawasan penularan wabak di dalam negara, sekali gus memudahkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Aplikasi itu juga turut sentiasa ditambah baik dengan pengenalan beberapa ciri baru.

Terbaharu, aplikasi berkenaan kini mempunyai satu ciri tambahan yang dikenali sebagai MySejahtera Trace (MySJ Trace) bagi membolehkan pengesanan kontak rapat kepada kes positif jangkitan Covid-19.

Perkara ini dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KN) menerusi ciapan di Twitter.

Menurut beliau, ciri baharu ini boleh dimuat turun mulai 26 Disember.

Mengulas lanjut, KJ berkata bahawa ciri ini menggantikan fungsi check out dan membolehkan pengesanan kontak rapat yang turut menggunakan ciri baharu yang sama.

image is not available

Ini kerana ‘MySJ Trace’ yang menggunakan sistem Bluetooth akan memberi maklumat secara langsung bilangan interaksi dengan pengguna lain yang turut mengaktifkan ciri baharu berkenaan.

"Jika anda disahkan positif, anda boleh hantar data interaksi kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk proses pengesanan kontak dibuat. Semua data interaksi adalah tidak didedahkan," katanya.

Beliau berkata menerusi ciri baharu itu, masyarakat digalakkan menggunakannya apabila ke tempat awam yang tertutup selain memaklumkan bahawa ciri mendaftar keluar yang terdapat dalam MySejahtera tidak lagi digunakan.

Khairy berkata ciri baharu berkenaaan juga telah dihantar serentak kepada Google, Apple dan Huawei untuk dikemas kini.

"Sudah boleh dikemas kini di Huawei. Untuk Google dan Apple masih menunggu mereka untuk menyenaraikan update (kemas kini) baharu ini," katanya.

Untuk mengemaskini tetapan fungsi ini di aplikasi MySejahtera, boleh ikuti langkah berikut;

  • Buka aplikasi MySejahtera
  • Klik check-in, paparan fungsi MySJ Trace akan dipaparkan
  • Tekan butang MULA
  • Tekan butang SETUJU
  • Sila berikan kebenaran untuk mengaktifkan fungsi MySJ Trace
  • Tetapan ini akan memberi notifikasi sebaik sahaja fungsinya diaktifkan

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://mysejahtera.malaysia.gov.my/intro/