OppoCare4u tawar diskaun baiki dan penghantaran peranti rosak akibat banjir

Digital
24 Dec 2021 • 12:45 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Pengguna peranti Oppo yang rosak akibat bencana banjir yang melanda baru-baru ini, boleh membaiki peranti tersebut di pusat khidmat rasmi Oppo. Oppo kini menawarkan bantuan menerusi Program Bantuan Banjir #OPPOCare4u.

Dalam program ini, Oppo menawarkan diskaun sehingga 30% untuk penggantian peralatan bagi peranti Oppo terpilih, serta diskaun 20% untuk perkhidmatan penghantaran bagi yang memilih untuk baik pulih secara dalam talian. Anda boleh memeriksa senarai harga peralatan Oppo di sini.

image is not available

Program bantuan banjir ini dibuka dari 26 Disember sehingga 31 Januari 2022, untuk pelanggan di Lembah Klang dan Pahang sahaja. Pengguna Oppo yang mahu membaiki peranti mereka, boleh datang sendiri ke mana-mana cawangan pusat khidmat Oppo atau mendaftar baik pulih dalam talian di Laman Sokongan Oppo.

Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, layari laman web Oppo Flood Relief Program.

Bacaan Berkaitan

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved