Anwar Ibrahim beri sumbangan bakul makanan bantu mangsa banjir

31 Dec 2021 • 10:59 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 31 DIS:  Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil memberikan sokongan kepada usaha pasukan sukarelawan yang terdiri daripada anak-anak muda Mahasiswa Harapan dalam membantu mangsa banjir di negeri ini.

Ketua Pembangkang telah menyerahkan bantuan bakul makanan kepada sukarelawan tersebut semalam bagi diedarkan kepada mangsa banjir di Kampung Kebun Bunga, Batu Tiga di sini.

“Terima Kasih Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Anwar Ibrahim Club kerana memberi sumbangan bakul makanan kepada team Mahasiswa Mahasiswa Harapan.

“Sumbangan ini kami telah agihkan kepada penduduk Kampung Kebun Bunga, Batu Tiga,” kata Mahasiswa Keadilan Malaysia dalam Facebook.

image is not available
Sukarelawan Mahasiswa Harapan mengangkat barangan makanan yang disumbangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membantu mangsa banjir di Kampung Kebun Bunga Batu Tiga, Shah Alam pada 30 Disember 2021. Facebook Mahasiswa Keadilan Malaysia