Krismas wadah kekal harmoni, perpaduan dan toleransi

LocalPolitics
29 Dec 2021 • 10:43 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

RANAU: Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Jonathan Yasin, menyeru rakyat di sini supaya menjadikan ruang serta peluang menyambut Krismas sebagai wadah untuk mengekalkan keharmonian, perpaduan dan toleransi tanpa mengira agama, budaya etnik dan ideologi politik.

“Kita bertuah kerana kita masih hidup bersatu padu, berharmoni dan muafakat sebagai ‘Keluarga Malaysia’, mengekalkan persaudaraan. Amalan biasa masyarakat di sini biarpun berbeza agama tetapi kekal harmoni dan mengekalkan budaya hormat-menghormati antara satu sama lain, boleh dicontohi oleh masyarakat di tempat lain.