(Video) Upah Orang Jaga Kucing, Rakaman CCTV Ini Bongkar Perbuatan Sebenarnya

28 Dec 2021 • 7:17 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Bagi pencinta kucing, haiwan kesayangan itu sudah dianggap seperti anak sendiri. Walaupun hanya haiwan peliharaan, kucing ditatang dengan penuh kasih sayang.

Sudah tentu, setiap perbuatan yang menyakiti mereka menimbulkan rasa marah pemilik. Seperti perkongsian seorang pengguna TikTok ini, ketika pulang ke kampung dia telah mengupah seseorang untuk menjaga kucing-kucingnya.

Namun siapa sangka, rakaman CCTV menunjukkan kucing-kucingnya dilayan dengan kasar. Berdasarkan video yang dimuat naik, individu yang diupahnya itu dilihat membaling anak-anak kucing masuk ke dalam sangkar.

@rosella_rosell

Aku mmg xboleh terima manusia gini gaya… kau nk lepas geram bebal ke ape boleh x jgn dekat anak2 aku?!!! Pakkal aq balik kg lama jerr image is not availableimage is not availableimage is not available

♬ original sound – Rosella_rosell

Menurutnya lagi, individu tersebut sudah lama tinggal di kawasan perumahan itu dan ramai yang mengupahnya untuk mengemas rumah termasuklah menjaga kucing.

Rata-rata memberikan respon yang baik terhadap servis yang diberikan namun di belakang sebaliknya yang berlaku.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Orang ramai turut mencadangkan wanita ini agar membuat laporan kepada pihak berkuasa memandangkan bukti video sudah ada.

Mereka mahu hukuman setimpal diberikan untuk memberi pengajaran kepada mereka yang suka menganiayai binatang.

Kredit: TikTok @rosella_rosell

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.