Realme Mengesahkan Realme GT 2 Pro Akan Menjadi Antara Terawal Dijana Snapdragon 8 Gen 1

TechnologyDigital
1 Dec 2021 • 9:44 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Selari dengan pengumuman cip pemprosesan mercu terbaru Snapdragon, iaitu Snapdragon 8 Gen 1, kini pelbagai pengeluar hadir mengumumkan peranti akan datang mereka yang dijana cip berkenaan.

Selepas Xiaomi mengesahkan Xiaomi 12 akan menjadi yang pertama dijana cip Snapdragon 8 Gen 1, kini pihak Realme turut tidak ketinggalan dan mengatakan mereka akan hadir dengan peranti mercu premium pertama Realme menggunakan cip sama tidak lama lagi.

image is not available

Menurut Realme, Realme GT 2 Pro akan menjadi yang pertama dan paling premium daripada Realme menggunakan cip pemprosesan ini.

Buat masa ini, tarikh pelancarannya masih belum  diumumkan. Tetapi, Realme mengatakan ia bakal menawarkan pengalaman permainan dan 5G yang baik melaluinya.