DS Vida Risau Bantuan Tidak Diagih Dengan Baik, Edar Sendiri Bantuan Kepada Mangsa Banjir

28 Dec 2021 • 1:53 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Risau bantuan tidak diagihkan dengan baik, usahawan sensasi Datuk Seri Vida mengambil inisiatif untuk turun padang menghulurkan sendiri bantuan terus kepada mangsa banjir di beberapa lokasi terjejas.

image is not available 3 hari lalu

DS Vida Amuk Di IG, Mohon Beri Bantuan Banjir Kepada Penduduk Dengkil

Menurut Vida, dia hanya menghantar bantuan ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) pada awalnya tetapi hatinya mula berasa ragu-ragu dan bimbang barangan tersebut tidak diterima oleh pihak yang sepatutnya.

Pada mulanya saya agih bantuan di PPS dan separuhnya terus kepada mangsa tetapi saya rasa tidak puas hati apabila meletakkan barang di PPS.

Disebabkan tidak puas hati, saya terus hantar di pintu rumah mangsa banjir.

Vida turut mengakui yang dia tidak mampu untuk mengagihkan semua bantuan secara sendiri namun usaha tersebut berjaya direalisasikan dengan pertolongan ramai penghantar makanan.

Tambah Vida, orang ramai yang berkemampuan perlu turut serta membantu mengagihkan bantuan seperti makanan, bantal dan tilam ke rumah-rumah mangsa banjir.

image is not available

Terdahulu, Vida dilihat turun padang menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di beberapa lokasi terjejas seperti di Perkampungan Orang Asli Hulu Langat dan Dengkil, Selangor.

Sekadar info, dua anak Vida iaitu Cik B dan Kacak juga turut bersama-sama menyertai misi bantuan mangsa banjir tersebut.