(TAHNIAH) Nas-T Dan Atita Haris Selamat Timang Cahaya Mata Kedua

23 Dec 2021 • 2:48 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon, Nas-T meluahkan rasa syukur apabila isterinya, Atita Haris selamat melahirkan anak kedua mereka.

Nas-T atau nama sebenarnya Nas Muammar Zar bin Nasruddin berkongsi berita gembira itu menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya.

Menerusi hantaran yang memaparkan Nas-T sedang memeluk dan meratapi wajah anaknya itu turut disertakan kapsyen ringkas.

Alhamdulillah, adik dah jadi kakak.

Dalam pada itu, Atita turut berkongsi gambar anak keduanya itu menerusi hantaran di laman Instagram miliknya.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut meluahkan rasa terkejut tentang berita itu kerana tidak mengetahui Atita sedang hamil sebelum ini.

Surprise sangat ni, know-know dah keluar baby. Tahniah Tita, mesti baby comel macam Opi dan adiknya.” tulis seorang pengguna Instagram.

Info tambahan, Nas-T dan Atita telah mendirikan rumah tangga pada 26 Januari 2016 dan dikurniakan dua orang anak.

image is not available 20 jam lalu

Bakal Bergelar Bapa, Ikmal Amry Timba Ilmu Dari Alif Satar