Keluaran getah Sabah, S’wak naik 17.5 peratus

22 Dec 2021 • 10:25 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAMBUNAN: Pengeluaran getah di Sabah dan Sarawak meningkat 17.5 peratus daripada 30,209 tan metrik pada 2020 kepada 35,495 tan metrik tahun ini, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan.

Beliau berkata, biarpun dengan penularan wabak Covid-19 yang menjejaskan ekonomi global serta aktiviti perdagangan getah di negara ini, sektor ini tetap relevan dan terus dijadikan sandaran untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah dan menyumbang kepada ekonomi Sabah.