Mulai 7 Jan, Mangsa Banjir Boleh Beli Barangan Elektrik Dengan Rebat RM500!

30 Dec 2021 • 4:07 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Ini ada berita baik kepada mangsa banjir baru-baru ini.

Anda dibenarkan untuk membeli barangan elektrik dengan kemudahan rebat RM500 di premis terpilih atau secara dalam talian bermula 7 Januari ini.

Tawaran rebat itu dilaksanakan di bawah program 'Sustainability Achieved via Energy Efficiency' (SAVE) susulan pengumuman Perdana Menteri mengenai pemberian baucar RM500 kepada mangsa banjir bagi pembelian peralatan elektrik.

image is not available

Individu yang layak boleh membuat pembelian secara fizikal di premis berdaftar di bawah SAVE dan platform e-dagang iaitu Lazada, Shopee dan PGMall.

Mereka yang terkesan banjir tidak kira di negeri mana, jika layak -- mereka diberi rebat segera bagi setiap pembelian. Contohnya barang bernilai RM1,000, mereka perlu bayar RM500 sahaja.

image is not available

Ketika ini, terdapat 1,400 premis yang tersenarai di bawah SAVE dan jumlah itu akan ditambah bagi memudahkan mangsa banjir membuat pembelian di premis berdekatan rumah mereka.

Data setakat ini menunjukkan terdapat kira-kira 80,000 isi rumah yang layak dan jumlah itu akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

image is not available

Malah, Agensi Pengurusan Bencara Negara (NADMA) akan mengeluarkan dokumen pengesahan bagi memudah cara mangsa untuk membuat pembelian.

SAVE merupakan program pemberian e-rebat kepada isi rumah yang membeli barangan elektrik. Sebelum ini, SAVE 2.0 yang diperkenalkan menawarkan e-rebat RM200 bagi pembelian alat penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga.

image is not available

Sumber: BERNAMA