
Kota Kinabalu: Seorang ahli perniagaan wanita berumur 34 tahun, yang didakwa mengaibkan kehormatan polis di satu sekatan jalan raya di sini enam bulan lalu, akan dibicarakan pada Julai tahun depan.
Majistret Lovely Natasha Charles menetapkan 4-5 Julai 2022 untuk perbicaraan kes Nur Jawaheer Ismail.
Kes Jur Jawaheer dikemukakan untuk pengurusan kes pra-perbicaraan pada Khamis di mana dokumen diserahkan kepada pihak pembelaan oleh pendakwaan.
Pada 18 November, Nur Jawaheer mengaku tidak bersalah melakukan kesalahan itu pada pukul 5.30 petang 1 Jun di sekatan jalan raya di Jalan Kepayan, di sini.
Dia dituduh berniat mengaibkan kehormatan Koperal Maslin Samih dengan mengatakan “Nasib kau ni lelaki, kalau kau perempuan sudah lama aku kasi telanjang kau, aku rungkup kau” dan juga supaya kata-kata tersebut didengar Inspektor Hamzah Ismail dan seorang bernama Rosmini.
Tuduhan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Ikat jamin Nur Jawaheer dilanjutkan oleh mahkamah sementara menunggu tarikh perbicaraan.
Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Dk Afiqah Alya tampil mendakwa sementara peguam Luke Ressa Balang mewakili Nur Jawaheer.
Dalam kes lain, seorang lelaki diperintah untuk membayar denda RM2,300 atau penjara enam bulan kerana mengambil syabu.
Zainal Jaffar, 37, mengaku bersalah melakukan kesalahan itu pada pukul 3 pagi 30 Oktober tahun ini, di sini.
Zainal melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya yang memperuntukkan denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan.
Inspektor Kelvan Elson Maik tampil mendakwa.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
