Perkongsian guru mengajar di pulau, tiap hari naik bot, van demi didik anak bangsa, raih perhatian warganet

6 Dec 2021 • 5:38 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

DEMI menjalankan tugas mendidik anak bangsa, guru sanggup melakukan apa sahaja termasuk menaiki bot setiap hari untuk pergi dan pulang dari sekolah.

Seorang guru, Rahimi Aziz melalui laman sosial Tiktok berkongsi rutin hariannya untuk ke sekolah di Semporna, Sabah.

“Rutin harian seorang guru pulau demi mendidik anak bangsa,” titipnya berkongsikan video dia bersama guru-guru lain menaiki bot yang sama.

Menurut Rahimi, situasi akan lebih mencabar apabila hujan turun sewaktu dalam perjalanan.

“Bawa barang itu yang susah sebab naik bot dan van.

“Kasihan cikgu berhujan ke sekolah,” kongsinya.

@rahimiaziz464 Sedih tiap kali hujan🥺.. Berbangga menjadi guru pulau demi mendidik anak bangsa.. #menjulanganakbangsa #semporna #tiktokguru #tiktokmalaysia ♬ PENANTIAN ARMADA - sadvibes🥀

Katanya, ketika di dalam bot, dia dan rakan-rakan akan berdiri untuk mengelakkan basah terkena tempias  terutamanya hujan lebat.

image is not available

Selepas melalui perjalanan di air menggunakan bot, mereka kemudiannya akan menaiki van pula untuk sampai ke sekolah.

@rahimiaziz464 Reply to @unaazzuhdi Demi Menjulang Anak Bangsa .. SMK Bum Bum Semporna 💓#JomReady #tiktokmalaysia #fyp #tiktokguru ♬ original sound - Rahimi Aziz - Cikgu Rahimi Aziz

Walaupun melalui pelbagai kepayahan, semangatnya dan rakan-rakan seperjuangan untuk menunaikan tugas yang diamanahkan tetap berkobar-kobar.

Susulan perkongsian video berkenaan, rata-rata warganet terharu dan sebak dengan pengorbanan para guru demi menjalankan tugas sebagai pendidik.

"Sebaknya, moga urusan cikgu-cikgu dipermudahkan."

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

"Terima kasih cikgu."

image is not availableAda juga warga maya yang menyuarakan kebimbangan dan meminta para pendidik memakai jaket keselamatan semasa menaiki bot.

image is not available

image is not available

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Cikgu Rahimi Aziz