Oppo Air Glass suburkan semula segmen kaca mata pintar

Digital
14 Dec 2021 • 5:27 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Segmen kaca mata pintar mula suram selepas ketiadaan Google Glass. Yang ada pun kaca mata yang lebih tertumpu pada media sosial seperti Ray-Ban Stories. Tapi, Oppo menerusi Oppo Inno Day 2021 telah mengumumkan Oppo Air Glass.

image is not available

Oppo Air Glass hadir dalam pakej 2 komponen. Komponen pertama adalah cermin mata konvensional yang boleh anda gayakan bila-bila masa. Komponen kedua adalah yang memberikan segala macam fungsi pintar pada produk ini.

Ia adalah gajet yang boleh dipasang pada salah satu kaki cermin mata. Ia melekat secara magnet dan di hujung gajet ini ada kaca yang akan memantulkan imej yang dipancarkan oleh mikroprojektor berteknologi mikro LED.

Menurut Oppo, ini adalah projector paling kecil di dunia. Ia boleh memancarkan cahaya secerah 1,400 nits.

Apabila menggunakan Oppo Air Glass, bahagian kanan cermin mata akan nampak sedikit besar, seperti gajet menilai kuasa dalam komik Dragon Ball.

Di dalam badan Air Glass terdapat Snapdragon Wear 4100. Dalam pakej tersebut terdapat touch bar, Wi-Fi, Bluetooth, speaker, mikrofon dan macam-macam lagi.

Antara demonstrasi penggunaan Oppo Air Glass adalah seperti terjemahan bahasa, navigasi, pembentangan . Tiada maklumat harga dikongsikan Oppo setakat ini tapi katanya akan mula dijual dalam Suku 1 2022.

Bacaan berkaitan