Nafi Ada Masalah Rumah Tangga, Amyza Aznan Akui Bahagia Bersama Suami Tercinta

Entertainment
30 Dec 2021 • 8:35 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon berbakat, Amyza Aznan baru-baru ini ada memuat naik beberapa hantaran di media sosial Instagram yang telah mencetuskan persoalan dalam kalangan pengikut media sosial aktres itu.

Dia juga bertindak menutup bahagian komen hantaran tersebut.

Sehubungan dengan itu, Amyza yang dihubungi media memaklumkan bahawa tiada apa yang serius dan masih bahagia melayari bahtera rumah tangga.

View this post on Instagram

A post shared by KAAiA (@amyzaaznankaaia)

Jangan risau semua okay sahaja. Tak ada apa-apa yang serius tentang perkahwinan saya. Bahagia sangat.

Dalam hantaran Instagram itu, Amyza menulis kapsyen berbaur kecewa dan sedih dengan perkahwinan namun tidak menceritakan secara lanjut mengenai apa yang terjadi.

“Bertahun kak Kaaia simpan rahsia ini. Pendam segala sedih, kecewa tetapi tidak putus asa. Ingat, setiap perkahwinan ada dugaan. Setiap malam tidak putus doa tanpa putus asa. Kerana Allah mahu kita merayu dan terus berdoa tanpa putus asa.” tulisnya dalam salah satu hantaran di Instagram.

View this post on Instagram

A post shared by KAAiA (@amyzaaznankaaia)

Sekadar info, Amyza kini menjaga suaminya yang mengalami lumpuh selepas diserang angin ahmar sejak dua tahun yang allu.

Suami Amyza difahamkan mengalami ‘mild stroke’ di seluruh anggota badan bahagian kiri dari kepala sehingga kaki.

Terdahulu,  pelakon drama Rindu Yang Terlarang itu telah mendirikan rumah tangga bersama Khairil pada tahun 2004 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Andre Mikhail,18, Adrian Adam,15 dan Ayden Andika yang kini berusia 9 tahun.

image is not available 7 bulan lalu

'Masuk Simpang Tolong Bagi Signal..' - Anak Lelaki Amyza Aznan Kemalangan