“Anggaplah Jodoh Kami Sampai Di Sini” – Fizi Ali, Shakilla Koriri Berpisah

Entertainment
15 Dec 2021 • 2:27 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Menerusi hantaran terbaru di Instagram, pengacara dan penyampai radio, Fizi Ali, mengesahkan dia dan isteri iaitu pelakon Shakilla Koriri kini sudah tidak lagi bersama.

Mereka mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing dan sepakat membesarkan anak tunggal mereka, Ameena dengan penuh kasih sayang.

Pasangan Fizi dan Shakilla berkahwin pada 18 Februari 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ameena Sofia yang kini berusia dua tahun.

Fizi berharap orang ramai menghormati keputusan yang dibuat mereka. Dia turut berterima kasih di atas doa-doa yang diberikan orang ramai buat rumahtangganya selama ini.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.