
KOTA BELUD: Pemuda Umno kini perlu memberi tumpuan kepada Undi-18, berikutan pindaan umur kelayakan mengundi kepada 18 tahun dan pendaftaran secara automatik di Parlimen, kata Naib Ketua Pemuda Umno Kota Belud Azuwan Marjan Norjan.
Beliau berkata Pemuda Umno juga mesti mendalami idealisme pelbagai anak-anak muda supaya perjuangan parti terus mekar dan berupaya menempuh apa jua cabaran dan gelombang yang mendatang.

