Adi Putra Muncul ‘Hero’, Pantas Bertindak Bantu Mangsa Kemalangan

31 Dec 2021 • 10:39 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon popular Datuk Adi Putra telah bertindak pantas dengan membantu mangsa kemalangan jalan raya di Bukit Kelulut, Temerloh, Pahang kira-kira pukul 4 petang semalam.

image is not available 8 bulan lalu

'Saya Duduk KL Bukan Kelantan Bod*h..' - Adi Putra Bengang Lokasi Vaksin Berubah Tempat

Adi yang kebetulan berada berhampiran dengan lokasi kejadian dengan segera menghubungi ambulans untuk tindakan lanjut.

Kemalangan membabitkan kereta dan motosikal.

Menurut Adi, motorsikal tersebut difahamkan dinaiki oleh sepasang suami isteri bersama anak mereka yang berusia dua tahun.

Adi turut memberitahu yang kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan yang agak serius dan tangan ibunya pula terkehel namun ambulans pantas datang sejurus selepas dihubungi olehnya.

image is not available

Tambah Adi, dia sedang dalam misi bantuan mangsa banjir di Temerloh bersama Exco Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Sharkar Shamsudin ketika kejadian tersebut berlaku.

Dalam pada itu, Adi memaklumkan yang semua mangsa dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh dan dia turut mendoakan semoga ibu dan anak itu berada dalam keadaan baik.