Banjir: Mayat 2 Beranak Ditemui Di Taman Sri Muda

22 Dec 2021 • 8:41 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Mayat 2 beranak itu ditemui di dalam rumah mereka di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam. - Gambar fail Sairien Nafis

KUALA LUMPUR - Dua lagi mayat ditemui di Taman Sri Muda, menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat banjir di Shah Alam adalah 14 orang setakat ini.

Dipercayai mayat yang ditemui itu adalah dua beranak iaitu bapa, dan anak perempuannya di sebuah rumah di Jalan Semangat 25.

Ia disahkan oleh Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib.

Mayat dua beranak itu ditemui sekitar jam 1.40 tengah hari tadi di dalam rumah mereka dan dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah-siasat.

Setakat ini, lapan lelaki dan enam wanita disahkan menjadi mangsa korban banjir di Shah Alam. - The Vibes, 22 Disember 2021