Ayob Khan Dilantik Jadi Pengarah JSJN Bukit Aman

24 Dec 2021 • 8:25 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Ayob Khan - Gambar fail

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman bagi menggantikan Datuk Razarudin Husain yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara.

Menurut Setiausaha Polis Malaysia, Deputi Komisioner (DCP) Ruslan Khalid, berdasarkan arahan pertukaran Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dikeluarkan, jawatan Ayob akan diisi oleh Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat.

“Sementara jawatan sebagai Ketua Polis Kedah pula akan dijawat oleh Timbalan Pengarah (Intergriti) Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, Deputi Komisioner (DCP) Wan Hassan Wan Ahmad.

“Wan Hassan juga mengisi jawatan tersebut dengan memangku pangkat Komisioner (CP),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau lagi, pertukaran tersebut berkuat kuasa bermula 25 Januari 2022. - Getaran, 24 Disember 2021