Kedai Konsep MSI Malaysia Dibuka Semula Di Plaza LowYat

TechnologyDigital
14 Dec 2021 • 2:53 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Beberapa bulan yang lalu, MSI Malaysia telah menutup kedai konsep mereka yang terletak di BB Plaza dan mengumumkan bahawa mereka akan membuka lokasi baru untuk kedai tersebut yang mana ia akan diumumkan kelak. Terkini, MSI Malaysia baru sahaja mengumumkan bahawa mereka telah membuka kedai konsep baru, dan ia cukup berdekatan dengan lokasi lama.

image is not available

Terletak di Plaza LowYat, mereka sebelum ini telahpun hadir dengan sebuah kedai di pusat membeli-belah perkakasan elektronik tersebut, tetapi kini, kedai konsep tersebut terletak bersebelahan dengan salah satu pintu masuk bangunan itu yang membolehkan pelawat untuk meninjau dan melihat kedai tersebut tidak kira mereka didalam ataupun diluar pusat membeli-belah tersebut.

image is not available

Sama seperti kedai konsep sebelum ini, ini adalah lokasi dimana MSI Malaysia akan memperlihatkan kesemua penawaran terbaru dan terhebat mereka, dimana pengunjung boleh datang untuk melihat dan menguji kemampuan komputer-komputer MSI sebelum membuat keputusan untuk membelinya.

Pihak MSI Malaysia juga mengatakan bahawa kedai tersebut sedia untuk dilawati, tetapi akan hadir dengan acara pembukaan rasmi pada 5 Januari kelak.