
Apple ialah suatu jenama pengeluar peranti pintar yang tidak perlu lagi diperkenalkan. Sebut sahaja Apple, semua orang tahu ia adalah sebuah jenama yang sering menawarkan peranti-peranti yang premium, berkuasa dan minimalis sekaligus akan memberikan persepsi yang mewah kepada pemiliknya. Tetapi kita semua juga tahu bahawa peranti-peranti Apple juga sinonim dengan harganya yang kayangan dan tidak semua orang mampu memilikinya.
Oleh sebab itu CompAsia menawarkan program ReNew+ bagi memudahkan rakyat Malaysia untuk memiliki peranti impian mereka, terutama sekali bagi peranti premium yang dipasarkan pada harga yang tinggi. Melalui program ini, anda tidak memerlukan kad kredit; hanya MyKad sahaja diperlukan dan proses untuk mendapat kelulusan permohonan peranti adalah secara segera. Anda juga tidak akan terikat dengan mana-mana pelan telekomunikasi untuk peranti baru anda ini.

Anda juga boleh membuat pembayaran secara ansuran serendah RM58 sahaja setiap bulan dan anda boleh memilih untuk membayarnya dalam tempoh 24 atau 36 bulan. Namun perlu diingatkan, kesemua ini tertakluk kepada pilihan peranti, terma dan syarat yang ditetapkan. Jika anda berusia 18 tahun keatas dan memiliki MyKad, anda hanya perlu melakukan 5 langkah mudah ini sahaja :
- Kunjungi mana-mana kedai rakan kongsi ReNew+
- Memohon program CompAsia ReNew+
- Pilih peranti yang anda inginkan dan isi maklumat secara atas talian untuk dapatkan kelulusan segera (instant approval)
- Buat pembayaran secara atas talian selepas permohonan diluluskan
- Bawa pulang peranti baru anda dan ia sedia digunakan

Senang bukan? Tetapi andai kata anda tidak berminat dengan peranti Apple, ReNew+ juga kini akan mula menawarkan 21 jenis telefon pintar daripada jenama yang lain seperti Samsung, OPPO dan vivo.
Selain dari ReNew+, CompAsia juga menyediakan beberapa servis yang menarik:
InstaCash
Aplikasi InstaCash adalah satu servis yang memudahkan anda untuk jual beli peranti yang terpakai. Menariknya tentang aplikasi InstaCash ini adalah anda boleh jual beli peranti yang masih lagi berfungsi dan juga tidak berfungsi. Untuk meneruskan urusan jual beli peranti ini, anda hanya perlu muat-turun aplikasi InstaCash dan ikut sahaja arahan yang tertera di skrin peranti anda.
Anda juga tidak lagi perlu keluar pergi ke cawangan fizikal untuk membuat jual-beli kerana rakan penghantar mereka akan datang kepada anda untuk mengambil peranti dari anda. Namun servis ambil peranti dari rumah ini hanya tersedia untuk penduduk semenanjung Malaysia sahaja buat masa sekarang.
InstaCover
Adakah anda sering risau tentang keselamatan peranti anda? Dengan program InstaCover, anda boleh panjangkan tempoh jaminan peranti anda dengan mudah. Perkhidmatan daripada CompAsia ini boleh dilaraskan tempoh jaminannya mengikut kesesuaian anda sama ada untuk peranti yang baru ataupun lama. Mereka juga akan datang ke depan pintu rumah anda dan anda tidak perlu pergi ke cawangan fizikal untuk memanjangkan tempoh jaminan peranti. Selain itu, InstaCover juga menawarkan servis Replace Plus dimana anda boleh menukar peranti anda dengan peranti lain yang mempunyai spesifikasi yang hampir sama dengan peranti lama anda tanpa perlu memberikan apa-apa alasan penukaran asalkan ia mempunyai nombor IMEI yang sama ketika anda mula-mula memilikinya.

CompAsia
Siapa yang tidak suka jimatkan duit bukan? Jika anda sedang mencari telefon pintar kedua dan anda seorang yang tidak kisah untuk menggunakan peranti terpakai, anda boleh dapatkan peranti terpakai pada harga yang berpatutan melalui laman rasmi CompAsia. Kesemua peranti yang dijual oleh CompAsia ini adalah 100% asli dan peranti yang dijual akan menjalani 32 pemeriksaan kualiti, serta ditawarkan dengan jaminan peranti sehingga 12 bulan. Bagi setiap pembelian, anda akan menerima kabel dan pengecas secara percuma.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, CompAsia adalah sebuah syarikat yang menyasarkan untuk membolehkan orang ramai memiliki peranti pintar dengan lebih mudah melalui pembayaran secara ansuran dan meminimakan sisa elektronik dengan cara menawarkan perkhidmatan jual-beli peranti. Banyak perkhidmatan yang ditawarkan oleh CompAsia seperti program ReNew+, InstaCash dan InstaCover. Melalui perkhidmatan-perkhidmatan daripada CompAsia ini, kita bukan sahaja boleh memiliki telefon pintar dengan komitmen bulanan yang lebih mampu milik malah kita juga boleh mengurangkan masalah sisa elektronik dunia.
Penafian: Advertorial daripada CompAsia

