Tak Mampu Nak ‘Bela’, Adibah Noor Terima Banyak Foto Lelaki Muda Tak Berbaju Di IG

16 Dec 2021 • 1:42 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Bintang Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8), Adibah Noor nampaknya kembali mendapat perhatian di kalangan netizan terutamanya kaum lelaki.

image is not available 5 hari lalu

Adibah Noor Kehilangan Kucing Tersayang, Hidup Lama Ibarat 77 Tahun Umur Manusia

Terbaru, Adibah mendedahkan bahawa dia ada menerima banyak kiriman lelaki muda yang menghantar foto tidak berbaju.

Penyanyi lagu Terlalu Istimewa ini turut berkongsikan mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran di Twitter miliknya, baru-baru ini.

Kelakarlah, macam-macam manusia. Dah ada yang DM tayang-tayang badan. Bebudak muda pula tu. Sorry dik, akak tak berminat.

 

Lagipun, akak bukan acik-acik kayangan yang mampu nak bela kau.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen beranggapan ramai lelaki muda cuba mendekati Adibah Noor berikutan persembahan Adibah yang menjemput aktor kacak Faizal Hussein ke pentas GV8 baru-baru ini.

”Mereka geram kot Kak Dibah tarik abang Faizal Hussein. Tu yang masing-masing try hard..” komen seorang netizen.

Program Gegar Vaganza musim ke-8 yang dihoskan Nabil Ahmad dan Jihan Muse bakal memasuki minggu ke-5 pada hari Ahad ini, jam 9 malam dan boleh ditonton menerusi saluran Astro Ria dan Astro Ria HD.