Kereta terbabas, bapa berkaki ayam dukung anak redah banjir

21 Dec 2021 • 8:17 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 21 DIS: Seorang lelaki yang membawa isteri hamil dan anak autisme cemas apabila kereta yang dinaiki mereka terbabas ketika mereka cuba menyelamatkan diri dari banjir.

Namun, Zulkifli Jamaluddin, 35, gagal mengawal kenderaannya berikutan arus deras dan sukar mengagak kedudukan longkang dalam kejadian pada Sabtu lalu.

Pekerja syarikat perabot itu terpaksa mendukung anak berusia 13 tahun sebelum meredah banjir bersama isteri dalam hujan lebat dengan berkaki ayam berikutan kereta mereka tersadai.

Terdahulu, Zulkifli sedang tidur di rumahnya di Paya Jaras di sini sebelum terdengar jeritan jiran kira-kira jam 2 petang mengenai kenaikan paras air naik secara mendadak.

“Saya meluru ke luar rumah, nampak air naik terlalu cepat. Kurang setengah jam melimpah masuk ke rumah.

“Saya dan isteri capai apa yang patut untuk tinggalkan rumah. Cuma sempat ambil dokumen penting. Selipar dan kasut juga hanyut,” katanya yang kemudian memandu untuk menyelamatkan diri mereka.