
KINABATANGAN: Dua kematian dilaporkan dalam dua kemalangan berasingan yang berlaku pada pagi dan tengah hari Khamis di jalan sama, di sini.
Dalam insiden pertama, seorang wanita maut manakala lapan lagi penumpang sebuah Isuzu Dmax dilaporkan cedera selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Paris Satu, di sini, pada pagi Khamis.

