Diskaun Saman JPJ Turut Dilanjutkan Sehingga 31 Dis Ini

15 Dec 2021 • 5:49 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Sebelum ini diskaun saman trafik oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilanjutkan sehingga 31 Disember -- kini orang ramai turut berpeluang menikmati tawaran pengurangan kompaun saman daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebanyak 80 peratus yang sepatutnya berakhir hari ini (15 Disember) juga dianjakkan hingga hujung tahun.

JPJ menerusi satu kenyataan memaklumkan pelanjutan itu berikutan sambutan menggalakkan orang ramai terhadap tawaran diskaun 80 peratus saman sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.

image is not available

JPJ merekodkan kutipan bayaran saman RM4,126,938 melalui 81,146 transaksi urus niaga pembayaran saman dalam tempoh 9 Dis lepas hingga semalam.

"Urus niaga melibatkan 68,953 transaksi melibatkan saluran kaunter dan Mobile JPJ manakala selebihnya iaitu 1,080 transaksi (kios) dan 11,113 transaksi (dalam talian)," menurut kenyataan itu.

image is not available

JPJ menyatakan pengurangan pembayaran saman kompaun itu sah kepada semua Notis Saman JPJ yang boleh dikompaun kecuali bagi kes-kes yang masih dalam sebutan pihak mahkamah termasuk yang berstatus waran tangkap dan perbicaraan.

"Bagi pesalah-pesalah lalu lintas yang telah disenarai hitam, mereka dikehendaki hadir sendiri ke kaunter JPJ bagi tujuan proses dokumentasi semula, sebelum menikmati diskaun saman yang diberikan," menurut kenyataan itu.

image is not available

JPJ menjelaskan kemudahan pembayaran saman itu melibatkan :-

- Semua kaunter di pejabat JPJ di seluruh negara termasuk kios

- Mobile JPJ

- JPJ di Pusat Transformasi Bandar (UTC).

Kesemua urusan transaksi bermula 8 pagi hingga 5 petang (termasuk hujung minggu).

Transaksi pembayaran juga boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal mySIKAP JPJ (https://public.jpj.gov.my/).

image is not available

Sumber: BERNAMA