"Tunggu 2 Januari 2022, Saya Akan Jelaskan" - Amyza Aznan

30 Dec 2021 • 1:34 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Tatkala 2021 bakal melabuhkan tirainya, dua posting yang dimuat naik pelakon Amyza Aznan awal pagi tadi telah menimbulkan spekulasi mengenai status bahtera perkahwinannya yang didirikannya selama 17 tahun dengan Khairil Idzhar Md Nazir.

Apakah maksud di sebalik posting pertamanya yang tertera borang Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor)? Apakah Amyza bakal bermadu? 

        View this post on Instagram                      

A post shared by KAAiA (@amyzaaznankaaia)

Postingnya yang kedua, Amzya yang lebih mesra disapa sebagai Kak Kaaia seolah-olah seperti mengiakan perkara tersebut apabila dia memberitahu bahawa dia sudah lama menyimpan rahsia dan memendam segala rasa sedih dan kecewa.

“Setiap perkahwinan ada dugaan. Sabar...sabar.... sabar... sabar tanpa menzalimi atau menganiaya sesiapa pun terutama  suami, isteri mahu pun anak-anak. 

“Setiap malam tidak putus doa tanpa putus asa. Kerana Allah SWT mahu kita merayu dan terus berdoa tanpa putus asa.

“Akhirnya 2 Januari 2022, mereka akan disatukan. Alhamdulillah. Yang pasti setiap ujian Allah itu sangat besar kasih sayang dan rahmatnya untuk kita hamba yang selalu leka,” katanya. 

        View this post on Instagram                      

A post shared by KAAiA (@amyzaaznankaaia)

Ketika dihubungi Getaran, Amyza bagaimanapun berkata, dia masih belum bersedia untuk mengulas lebih lanjut tentang kedua-dua postingnya itu. 

“Tunggu sajalah pada 2 Januari 2022. Saya akan umumkan nanti. Apa yang boleh saya katakan, tiada apa menyedihkan pun tentang posting-posting yang saya kongsikan itu. 

“Sebaliknya ia adalah sesuatu yang membahagiakan, yang saya impi-impikan dan yang sering saya minta dalam doa setiap malam selama tiga tahun tanpa gagal,” katanya yang sedang sibuk menjalani penggambaran sewaktu dihubungi. - Getaran, 30 Disember 2021

image is not available

Gambar: Amyza Aznan IG