NIKE Mengambil-Alih Syarikat Disebalik Produk Maya Dan Koleksi NFT

TechnologyDigital
14 Dec 2021 • 11:02 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

NIKE hari ini membuat kejutan dan mengumumkan pengambil-alihan syarikat RTFKT, iaitu sebuah syarikat yang terkenal dengan penawaran koleksi NFT.

NIKE mengatakan dengan pengambil-alihan ini, mereka ingin terus membawa kreativiti dan inovasi dalam memperluaskan dunia digital NIKE.

Dengan langkah ini juga, kita mungkin melihat penawaran NIKE dalam arena alam meta terus meluas – termasuk menyediakan kasut maya untuk alam meta, slain sejumlah koleksi menarik lain.

Buat masa ini, NIKE tidak menyatakan nilai pengambil-alihan RTFKT ini. Langkah pengambil-alihan ini juga turut mungkin akan membuatkan lebih banyak syarikat kini melihat ke arena alam meta, dan bersedia menawarkan produk mereka secara maya selain secara fizikal.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved