Maxis Mengaktifkan Ciri VoWiFi Kepada Semua Pengguna Android

TechnologyDigital
17 Dec 2021 • 9:31 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Semalam Maxis mengaktifkan ciri panggilan suara menggunakan WiFi atau lebih dikenali sebagai VoWiFi. Menurut laman FAQ yang diterbitkan, ciri diaktifkan kepada semua pengguna Maxis Postpaid dan juga Hotlink sekiranya peranti yang digunakan menyokongnya. Ia walau bagaimanapun tidak boleh digunakan oleh pelanggan multi SIM one line (MISM).

image is not available

Maxis juga mengatakan ciri VoWiFi hanya disokong pada peranti Android sahaja pada waktu ini. Dengan VoWiFi panggilan telefon boleh dilakukan menggunakan rangkaian WiFi yang digunakan. Ini amatlah berguna dalam situasi di mana rangkaian selular Maxis adalah lemah seperti di bangunan tinggi atau kawasan pedalaman.

Untuk menggunakannya, ciri VoWiFi perlu diaktifkan pada tetapan sambungan peranti Android secara manual oleh pengguna. Pelanggan perlu merujuk laman pengeluar untuk melihat sama ada peranti mereka menyokong ciri ini.

Terima kasih @hiw200 untuk tips