Mangsa Banjir Yang Miliki Kenderaan Perodua Boleh Buat Pemeriksaan Percuma

20 Dec 2021 • 12:45 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Berita baik, Perodua menawarkan rebat perkhidmatan tunda, diskaun ke atas alat ganti terpilih serta pemeriksaan percuma bagi semua pemilik kenderaan Perodua yang terjejas akibat banjir.

image is not available 1 hari lalu

Tips Dan Langkah Penjagaan Ketika Musim Banjir Kilat Yang Wajib Anda Ketahui

Kata syarikat itu, pelanggan mereka juga boleh tuntut perkhidmatan menunda sehingga maksimum RM100 di kedai servis Perodua berdasarkan syarat yang dikenakan.

Selain itu, Perodua juga menawarkan potongan 20 peratus pada alat ganti terpilih kepada pemilik Perodua yang kenderaannya rosak akibat banjir.”

image is not available

Menurut Harian Metro, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, perkhidmatan ini disediakan bagi meringankan beban yang perlu ditanggung oleh pelanggan mereka ketika bencana ini.

Alat ganti tulen daripada Perodua dilengkapi dengan jaminan pengeluar dan pemilik kenderaan diminta untuk tidak menggunakan sebarang alat tiruan kerana ia boleh menjejaskan prestasi kenderaan.

image is not available

Alat ganti tersebut merangkumi semua barangan elektronik, gasket baik pulih enjin, tempat duduk kenderaan, trim pintu dan permaidani.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan Perodua boleh hubungi talian khidmat pelanggan bebas tol Perodua di 1-800-88-5555 untuk bantuan tunda (terma dan syarat dikenakan).