Cooler Master Malaysia Menawarkan Program Mengganti Aksesori Komputer Yang Rosak Akibat Banjir

TechnologyDigital
30 Dec 2021 • 1:43 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
May be a cartoon of text that says 'COOLER MASTER FLOOD RELIEF PROGRAM We accept flood-damaged Cooler Master products for RMA #kitajagakita Pmsunti31*22 Program 31 Terms & Conditions Apply 055900'

Banjir yang membelenggu beberapa negeri di Malaysia dua minggu yang lalu masih lagi menyebabkan pelbagai isu untuk rakyat Malaysia. Untuk sedikit sebanyak membantu pelanggan mereka, Cooler Master Malaysia dilihat menawarkan program mengganti aksesori komputer jenama tersebut yang rosak akibat bencana tersebut.

Melalui laman Facebook mereka, Cooler Master Malaysia mengatakan bahawa mereka yang terkesan dengan banjir boleh menghantar mesej kepada akaun Facebook mereka untuk memulakan proses RMA. Ini termasuklah aksesori-aksesori seperti papan kekunci, tetikus, fon kepala, bekalan kuasa dan juga penyejuk CPU.

image is not available

Program ini telahpun bermula, dan akan berterusan sehingga 31 Januari 2022 kelak, dengan terma dan syarat tertakluk. Tempoh ini memberikan masa untuk pelanggan dan pengguna kelengkapan Cooler Master untuk memastikan rumah dan persekitaran mereka selamat didiami sebelum memulakan proses RMA ini.