Empat keluarga sambut Krismas di rumah baharu

24 Dec 2021 • 11:47 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

MEMBAKUT: Empat keluarga di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Membakut meraikan Hari Krismas di rumah baharu.

Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, ia adalah usaha serta keprihatinan Ketua Menteri Sabah yang telah memperuntukkan RM42.9 juta untuk bantuan sekolah dan badan keagamaan bukan Islam di negeri ini untuk tahun ini.

“Pada tahun ini, empat keluarga di DUN Membakut akan meraikan hari Krismas di rumah baharu yang lebih selesa.

“Keluarga yang terlibat adalah di Kg Sg Damit, Kg Bawan, Kg Lumat dan Kg Dungau.

“Ini adalah keprihatinan daripada Ketua Menteri yang telah menyalurkan peruntukan kepada rumah-rumah ibadat bukan Islam dan sekolah mubaligh di negeri ini,” jelasnya pada Majlis Ramah Mesra dan Penyampaian Sumbangan Krismas 2021, di Dewan Terbuka Pekan Membakut.

Pada majlis tersebut, Arifin menyampaikan hadiah bagi pemenang pertandingan perhiasan pokok Krismas, di samping sumbangan Krismas kepada gereja-gereja serta Komuniti Kristian Dasar (KKD).

Sementara itu, anak ketiga kepada penerima bantuan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Ratna Kinsuin di Kg Dungau iaitu Franky Lazim, ketika dikunjungi rombongan Arifin, menzahirkan rasa syukur dan terima kasih atas peruntukan berkenaan.

Beliau berharap, kerajaan akan meneruskan usaha murni dalam membantu golongan miskin untuk mendapatkan rumah kediaman.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.