Tasik Cermin Kini ‘Sah’ Ditutup!

14 Dec 2021 • 10:57 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
tasik cermin

Tular sebelum ini seorang lelaki terjun ke dalam Tasik Cermin dan membuatkan semua orang bimbang jika aksi itu membuatkan tasik tersebut ditutup.

Tasik Cermin yang terletak di Ipoh, Perak yang menjadi tumpuan pelancong kini sah ditutup bermula semalam, Isnin kerana perbuatan lelaki yang bertindak terjun ke dalam tasik tersebut.

Ditutup sehingga siasatan kes selesai

image is not available

Menerusi laporan Sinar Harian, Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin berkata, kawasan di sekitar tasik itu akan ditutup sehingga siasatan ke atas kes tersebut selesai dijalankan. Pembukaan semula tasik itu akan diberitahu kelak kepada orang ramai.

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kejadian itu dan kes masih dalam siasatan lanjut.

Menurutnya, tindakan akan dikenakan kepada individu tersebut dan identitinya masih dalam siasatan. Kawasan Tasik Cermin itu berada di bawah pengurusan Geopark Kinta dan pelancong tidak dibenarkan untuk bermandi-manda di kawasan tersebut.

Semoga siasatan ini cepat diselesaikan dan tasik ini dapat dikunjung semula oleh pelancong. Janganlah buat benda yang aneh-aneh lagi wahai netizen, tak pasal-pasal orang lain yang dapat kemudaratannya.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media