SPRM kesan lelaki Bangladesh bantu siasatan

15 Dec 2021 • 6:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu sedang mengesan seorang lelaki warga Bangladesh, bagi membantu pengurusan kes agensi penguat kuasa terbabit.

Individu yang dikesan itu dikenali sebagai Abdul Ahad Khan berumur 49 tahun.

“Lelaki terbabit merupakan pemegang pasport bernombor EE0016735 BGD dan mempunyai alamat terakhir di No 150-3-6, Villa Flora Condominium, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur,” menurut kenyataan dikeluarkan SPRM pada Rabu.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki itu, diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Penguasa Nur Athikah Aziz di talian 017-3432 923 atau 09-6301 920. - Bernama