Realme GT 2 Pro Akan Menggunakan Skrin Resolusi 2K Dan 120Hz

TechnologyDigital
27 Dec 2021 • 6:23 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Siri Realme GT2 bakal menjadi model kemaskini untuk rangkaian peranti pintar terkini oleh Realme. Ia juga telah disahkan bakal diumumkan secara rasmi pada 4 Januari hadapan. Siri ini akan terdiri dengan beberapa model berbeza dan salah satu daripadanya adalah Realme GT 2 Pro.

Bercakap lebih lanjut mengenainya, informasi mengenai skrin pada peranti telah mula dikongsi menerusi beberapa poster promosi yang diterbitkan di Weibo. Ia menunjukkan Realme GT 2 Pro kelak akan dilengkapi skrin LTPO AMOLED beresolusi 2K dan kadar segar semula 120Hz. Saiz skrin pula adalah sebesar 6.7-inci dengan ciri tambahan HDR10+. Seterusnya, panel hadapan yang digunakan pula adalah sejenis rata bersama lubang yang yang menempatkan kamera swafoto tunggal. Tidak setakat itu, skrin pada peranti ini turut dilapisi dengan Corning Gorilla Glass Victus sebagai perlindungan utama.

image is not available

Sementara itu, terdapat spekulasi yang mendakwa siri ini mungkin tiba dalam tiga variasi berbeza. Di mana, salah satu dihasilkan dengan kerjasama Naota Fukusawa. Namun apa yang menjadi persoalan ketika ini, adakah Realme akan membawakan ciri 120Hz secara adaptif bertujuan bagi memanjangkan hayat bateri atau sebaliknya? Seperti biasa, segala persoalan mengenai peranti ini akan terjawab sewaktu pelancaran rasmi kelak. Sama-sama kita nantikan.

Sumber : Weibo