Suami isteri nyaris maut kereta masuk gaung

13 Dec 2021 • 12:46 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

RANAU: Sepasang suami isteri nyaris maut selepas kenderaan pacuan empat roda mereka naiki terjunam ke dalam gaung di Kilometer 37, Jalan Ranau-Tamparuli, berhampiran persimpangan Kampung Kiau, Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau, Ridwan Mohd Taib, berkata dalam kejadian kira-kira jam 11.20 malam itu, mangsa dikatakan dalam perjalanan dari arah Tawau menuju ke Kota Kinabalu.

Katanya, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 11.39 malam.

“Sejurus menerima panggilan, sepasukan lapan anggota BBP Ranau diketuai PBK II Wasli Saupin bersama sebuah jentera bomba dan kenderaan dari Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati sebuah kereta jenis Ford Ranger terbabas sendiri sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira 60 meter,” katanya pada Ahad.

Menurut Ridwan, terdapat dua mangsa terlibat iaitu seorang lelaki dipercayai pemandu berusia 36 tahun dikenali sebagai [email protected] Rashid Soebah dan penumpang yang juga isteri pemandu, Rosnani Abdul Sinin, 34 tahun.

 Tambahnya, kedua-dua mangsa tidak mengalami kecederaan serius.

“Anggota penyelamat membawa mangsa keluar dari gaung dan diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS sebelum dihantar ke Hospital Ranau untuk rawatan lanjut. 

“Operasi di tempat kejadian tamat jam 1.09 pagi,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.