Eira Syazira & Azad Jazmin Mohon Maaf Sebelum Berangkat Ke Tanah Suci Tunaikan Umrah

21 Dec 2021 • 6:22 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pasangan selebriti, Azad Jazmin dan Eira Syazira telah berangkat ke Tanah Suci di Arab Saudi bagi menjalani ibadah umrah.

image is not available 8 bulan lalu

Tunai Impian Isteri, Azad Jasmin Hadiahkan Eira Syazira Rumah, Siap Dengan Mini Surau!

Sebelum berlepas, Eira sempat meluahkan rasa syukur kerana diberikan peluang tersebut dan memohon maaf kepada orang ramai di atas segala kesalahan yang pernah dilakukan.

Alhamdulillah, umrah pertama kami suami isteri, Insya-Allah. Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan kami.

Perkara tersebut dikongsikan Eira menerusi sebuah hantaran di laman Instagram miliknya untuk tatapan peminat serta pengikutnya di media sosial tersebut.

Tambah Eira, mereka memohon ampun tersebut kerana menyedari akan khilaf yang sengaja mahupun tidak sengaja pernah dilakukan kepada orang yang mengenali diri mereka.

Dalam pada itu, Eira turut meminta orang ramai untuk mendoakan mereka berdua serta mengucapkan rasa sayang kepada semua pengikut dan peminatnya di laman media sosial tersebut.

Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen mendoakan Eira agar urusannya bersama Azad dipermudahkan selain memperoleh umrah yang diberkati Allah SWT.