
Baru-baru ini, ada desas desus menyatakan penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin akan menamatkan zaman solonya dengan seorang pendidik.
Nora atau nama sebenarnya Wan Noraafiza tidak mendedahkan identiti bakal suaminya dengan lanjut.
Terbaru, penyanyi ini menerusi hantaran di Instagram memaklumkan dirinya sudah bertemu jodoh dengan sahabat baik arwah suaminya iaitu saudara Rushdi Ramli.
Bersama hantaran itu, Nora hanya menyertakan gambar sebuah kek dengan ucapan “Baarakallaahufiikum R&N”.
Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Di Persimpangan Dilema’ ini turut meminta maaf kerana tidak menghebah-hebahkan ikatan yang baru dibina.
Dia hanya melaksanakan perkara yang wajib dan mengikut hukum sahaja. Malah, dia menganggap perkahwinan adalah terlalu peribadi untuk dikongsikan.
Di ruangan komen, rakan-rakan artis dan peminat mengambil kesempatan menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan semoga Nora hidup bahagia bersama pasangannya.
Kredit: Instagram Nora Ariffin
The post “Saya Bertemu Jodoh Dengan Sahabat Baik Arwah Johan” – Nora Ariffin appeared first on Oh! Media.

