Unifi TV Menamatkan Saluran Sony MAX, Sony SAB dan Sony SET, Efektif 1 Januari 2022

TechnologyDigital
30 Dec 2021 • 5:33 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Telekom Malaysia kini mengumumkan mereka akan menamatkan siaran saluran Sony MAX (331), Sony SAB (342) dan juga Sony SET (312) pada Unifi TV mulai 1 Januari 2022.

Sebagai alternatif, sekiranya anda merupakan pelanggan untuk pek Varnam Plus, anda boleh menebus akses kepada aplikasi penstriman Simply South, dan menyertakan ia dibawah langganan anda tanpa kos tambahan.

Disamping itu, untuk pelanggan Ultimate Pack, anda boleh menebus akses kepada 3 aplikasi penstriman, iaitu BBC Player, Lionsgate Play, dan juga pilihan sama ada iQiyi, Viu, ZEE5 atau Simply South.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved