Leica Q2 Reporter Dilancarkan Dengan Tubuh Kevlar

TechnologyDigital
10 Dec 2021 • 1:36 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Leica ialah jenama yang sangat dah dala dunia fotografi dengan kelengkapan mereka terkenal dengan kualiti. Minggu ini mereka melancarkan pula Leica Q2 Reporter dengan kemasan tubuh yang diperbuat daripada bahan Kevlar. Menurut Leica, dengan kemasan Kevlar ini, kamera akan menjadi lebih tahan lasak untuk digunakan wartawan dalam situasi yang lebih mencabar. Dari segi spesifikasi ia masih lagi sema dengan Leica Q2 yang dilancarkan dua tahun lalu.

image is not available

Leica Q2 Reporter ialah kamera kompak full frame dengan sensor  47.3 Megapixels dengan lensa Summilux 28mm f/1.7. Ini adalah peningkatan dari sensor full frame 24-Megapixel sebelum ini. Saiz tubuh kamera masih lagi sama iaitu 130 x 80 x 91.9 mm.

image is not available

Kamera mampu merakam sehingga 10 bingkai sesaat. Kemampuan video pula ialah 4K pada kadar 30 atau 24 FPS dan Cine4K 24FPS. Pada tetapan 1080P pula terdapat tetapan sehingga 120FPS. Pada panel belakang terdapat sebuah skrin LCD sebesar 3-inci manakala EVF menggunakan skrin OLED. Leica Q2 Reporter dijual pada harga $5,995 (~RM25,289) sebuah.