Mobvoi Earbuds ANC Dilancarkan Dengan Ketahanan Bateri Sehingga 21 Jam

TechnologyDigital
27 Jan 2022 • 5:10 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Dengan adanya aplikasi hiburan muzik yang pelbagai, ini menjadikan ramai di antara kita gemar untuk menggunakan fon telinga secara berterusan. Bukan itu sahaja, penggunaan ini juga bertujuan bagi mengelakkan gangguan daripada keadaan sekeliling ekoran begitu asyik melayan muzik.

image is not available

Terkini, satu aksesori audio baharu daripada Mobvoi telah diumumkan secara rasmi. Dikenali sebagai Mobvoi Earbuds ANC, ia merupakan fon telinga nirwayar jenis dalam telinga dengan kotak pengecas berbentuk segi empat. Ia juga dilengkapi dua mikrofon serba baik yang turut menyokong teknologi pembatalan hingar aktif. Ini bagi membolehkan kejelasan audio dipertingkatkan untuk pengalaman penggunaan lebih baik.

image is not available

Seterusnya, pemandu audio yang bersaiz 113mm ini turut didatangkan dengan sokongan kawalan sesentuh. Pada masa sama, kebolehan arahan melalui suara turut menyokongnya dan ia masih terhad untuk bahasa Inggeris sahaja buat masa ini. Bateri yang dibekalkan pula mampu memberi ketahanan masa main balik sehingga 21 jam dengan pod pengecas. Namun, ia akan menurun kepada 4.5 jam untuk penggunaan fon telinga itu sendiri dengan ANC yang diaktifkan.

image is not available

Lain-lain spesifikasi yang menyokong termasuklah penarafan kalis air IPX5, sokongan audio HiFi untuk pengalaman pendengaran lebih baik dan sebagainya. Untuk harga, Mobvoi Earbuds ANC dijual pada harga $59.99 (~RM252) dalam kemasan berwarna hitam yang menyeluruh.

Sumber : Mobvoi