Keadaan Banjir Di Pahang Pulih Sepenuhnya

12 Jan 2022 • 8:40 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
PPS terakhir di Pahang iaitu Sekolah Kebangsaan Temai, Pekan, telah ditutup malam tadi. - Gambar Bernama

KUANTAN - Keadaan banjir di Pahang pulih sepenuhnya selepas pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir iaitu Sekolah Kebangsaan Temai di daerah Pekan yang menempatkan 61 orang daripada 12 keluarga menamatkan operasi pada 10 malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan gelombang pertama banjir di Pahang, yang bermula 17 Disember lepas, menyaksikan 67,333 orang daripada 18,243 keluarga ditempatkan di 432 PPS di sembilan daerah.

Gelombang kedua banjir pada 31 Disember lepas, yang bermula di daerah Raub, pula menyaksikan 3,293 orang daripada 911 keluarga ditempatkan di 72 PPS di lapan daerah.

Sekretariat itu turut memaklumkan sebanyak 21 kematian dilaporkan sepanjang gelombang pertama banjir dengan daerah Bentong merekodkan bilangan kes tertinggi iaitu 11 orang diikuti Temerloh (empat), Kuantan (tiga), Raub (dua) dan Pekan (satu). 

Bencana banjir kali ini turut mengakibatkan beberapa laluan di dua lebuh raya utama Pahang dinaiki air iaitu Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur 1 namun telah dibuka secara berperingkat kepada pengguna selepas kerja-kerja pembersihan dilakukan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved