Tak Boleh Terima Isteri Pernah Dirogol, Luahan Lelaki Ini Undang Kemarahan Netizen

17 Jan 2022 • 4:16 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Dugaan alam perkahwinan pastinya akan dialami oleh pasangan suami isteri sepanjang melayari bahtera rumah tangga mereka, tidak kiralah dari segi emosi, kewangan dan sebagainya.

Baru-baru ini tular di media sosial Twitter milik personaliti TV Fedtri Yahya di mana dia berkongsikan luahan rasa daripada seorang jejaka yang tiba-tiba tidak dapat menerima kisah silam isterinya sebelum mereka berkahwin.

Kata lelaki tersebut, isterinya ada memaklumkan bahawa dia pernah dirogol sebelum bernikah dan pada mulanya, lelaki itu menerima dengan hati yang terbuka.

Namun selepas tiga tahun berkahwin, bapa mentuanya pula mengaku bahawa isterinya itu merupakan anak tidak sah taraf sekaligus menjadikan lelaki itu berfikir dua kali sama ada untuk meneruskan perkahwinan tersebut kerana terasa dirinya seperti ditipu.

image is not available

Sumber : Twitter Fedtri Yahya  

Cerita lelaki itu lagi, dia berasa kecewa kerana tidak mendapat isteri yang dara dan perkara tersebut sering kali bermain di fikirannya sehingga menjadi satu isu yang sangat besar di kemudian hari.

Sehubungan dengan itu, lelaki itu kemudiannya meminta pendapat netizen tentang bagaimanakah cara terbaik untuk ‘merelakan’ perasaan tersebut daripada terus menganggu rumah tangga yang dibina.

Dan sudah pasti, pelbagai respon dapat dilihat daripada komen yang dilontarkan netizen di mana kebanyakan mereka berpendapat bahawa isu tiada dara dan anak luar nikah ini bukanlah satu penghalang untuk seseorang mengejar kebahagiaan.

image is not available

Sumber : Twitter Fedtri Yahya  

Namun, ada juga yang menyelar sikap lelaki itu yang seolah-olah menyalahkan wanita itu dirogol dan dilahirkan sebagai anak tidak sah taraf memandangkan perkara itu di luar kemahuan isterinya.

Pendapat anda bagaimana? Apa-apa pun marilah kita doakan yang baik-baik sahaja untuk mereka berdua.

image is not available 7 jam lalu

"Kuat Iman Suami Dia" - 6 Tahun Berumah Tangga, Wanita Tak Pernah 'Tidur' Dengan Suami, Rupa-Rupanya..

View Original Article