Oppo A16k Kini Ditawarkan Pada Harga RM499 – Hadir Dengan Mikro-USB

TechnologyDigital
28 Jan 2022 • 4:20 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Tidak dinafikan, terdapat bermacam-macam jenis peranti pintar di pasaran ketika ini. Julat harga yang ditawarkan juga kebanyakannya mengikut kesesuaian peranti pintar itu sendiri. Ini termasuklah untuk segmen peranti pintar dengan harga mampu milik.

image is not available

Bercakap lebih lanjut mengenainya, Oppo A16K yang dahulunya dijual pada RM549, kini boleh dibeli pada RM499 sahaja. Kemas kini harga ini menunjukkan potongan sebanyak RM50 telah diberikan berbanding harga asal. Bagi yang berminat, ia boleh dibeli menerusi kedai atas talian Oppo bermula hari ini.

Oppo A16k menampilkan skrin berukuran 6.52-inci LCD beresolusi HD+ dengan kadar segar semula standard 60Hz. Ia juga dipadankan dengan memori 3GB RAM (LPDDR4X), storan dalaman 32GB dan bateri 4,230mAh.

image is not available

Ia juga dilengkapi kamera utama tunggal dengan sensor 13MP. Manakala, kamera hadapan pula adalah 5MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah – menjalankan ColorOS 11.1 berasaskan Android 11, bicu audio 3.5mm, port sambungan microUSB, Bluetooth 5.0 dan sebagainya.