OnePlus 10 Pro: Gambar & spesifikasi penuh didedah sebelum pelancaran

Digital
5 Jan 2022 • 1:57 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

OnePlus akan melancarkan telefon flagship terbaru mereka, OnePlus 10 Pro tidak lama lagi. Sementara tarikh pelancarannya masih belum diumumkan, mereka telah berkongsi gambar serta spesifikasi penuh telefon tersebut.

Media sosial rasmi OnePlus telah memuat naik gambar dan video yang menunjukkan rupa sebenar OnePlus 10 Pro. Perlu diberi perhatian tentang model ini, yang mana kebiasannya ada versi bukan Pro. Tetapi dalam semua status media sosial OnePlus, hanya menunjukkan versi Pro sahaja. Mungkin tiada versi bukan Pro dalam pelancaran ini kelak.

Terdapat dua warna disediakan untuk OnePlus 10 Pro iaitu hitam dan hijau. Bahagian belakang telefon menunjukkan ia memiliki modul kamera yang unik, dengan tiga kamera dan satu LED Flash. Terdapat label “P2D 50T” pada modul kamera ini, tetapi masih tidak diketahui apakah maksudnya.

Paling utama adalah label Hasselblad terpampang jelas, menandakan kerjasama OnePlus dan pakar kamera Hasselblad dalam penghasilan OnePlus 10 Pro. Butang luncur fizikal “mute” yang menjadi keunikan telefon OnePlus, juga menjadi sebahagian daripada modul kamera belakang ini.

Spesifikasi penuh tentang OnePlus 10 Pro pula didedahkan oleh pengasas OnePlus, Pete Lau. Ia akan dilengkapi perkakas dan peralatan seperti berikut:

  • Pemproses Snapdragon 8 Gen 1
  • RAM LPDDR5
  • Storan UFS 3.1
  • Skrin Fluid AMOLED 120Hz LTPO generasi ke-2
  • Sistem kamera Hasselblad generasi ke-2
  • Tiga kamera belakang: 48MP + 50MP + 8MP
  • Kamera hadapan 32MP
  • Sistem operasi OxygenOS 12 berasaskan Android 12
  • Pengecas berwayar SuperVOOC 80W
  • Pengecas wayarles AirVOOC 50W
  • Bateri 5,000mAh
  • Dwi-pembesar suara stereo
  • Bluetooth 5.2
  • Menyokong NFC, VoLTE & VoWiFi
  • Ukuran: 163 x 73.9 x 8.55mm

Pendek kata, OnePlus 10 Pro lengkap dengan prestasi tertinggi bagi peranti 2022, bersama skrin dan kamera yang hebat. Ia juga ada pengecas yang sangat pantas.

Apa yang tinggal sekarang adalah tarikh pelancaran dan harga jualannya. Untuk rujukan, OnePlus 9 Pro dilancarkan pada bulan Mac lepas dan dijual di Malaysia secara rasmi berharga RM4,299 dengan RAM 12GB dan storan 256GB.

[Sumber: OnePlus, Pete Lau]

Bacaan Berkaitan