Paip pecah: Bekalan air di 142 kawasan Petaling, Klang ditutup ikut jadual

26 Jan 2022 • 5:14 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Bekalan air yang disalurkan ke 142 kawasan Petaling dan Klang telah ditutup mengikut jadual ditetapkan pada jam 3 petang, Rabu untuk kerja pembaikan paip di Seksyen 15 yang pecah sejak Selasa.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan, kerja-kerja pembaikan ini dijangka siap sepenuhnya pada jam 3 pagi, Khamis.

"Bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat kepada premis pengguna setelah kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan," menurut kenyataan itu pada Rabu.

Katanya, antara lokasi terjejas bagi daerah Petaling ialah Bandar Kinrara, Bandar Puchong Jaya, Glenmarie, Hicom Glenmarie, Hyatt Saujana, Jalan Puchong Batu 7 hingga Batu 13, Jalan Subang Airport dan Kampung Bohol.

Bagi daerah Klang antaranya Bandar Putera 2, Bandar Puteri, Jalan Datuk Hamzah, Jalan Istana, Jalan Kota, Jalan Kota Raja, Jalan Padang, Jalan Raja Lumu, Jalan Raya Barat, Jalan Raya Timur, Jalan Stesen & Solok Besar, Jalan Tengku Badar, Jalan Tengku Diauddin dan Jalan Tengku Kelana serta Kampung Jawa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved