“Kalau Orang Lain BAM Tak ‘Bunyi’ Pun” – Roslin Rashim Bersuara Isu Lee Zii Jia Kena Bayar Pampasan

21 Jan 2022 • 6:03 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Masih dapat dirasakan kehangatan isu pemain badminton negara perseorangan yang cukup disayangi ramai iaitu Lee Zii Jia keluar dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM) diperkatakan di media sosial.

Disebabkan itu, BAM terpaksa mengenakan bayaran pampasan yang perlu dibuat oleh pemain badminton nombor 7 dunia agar pemain lain tidak mengikuti jejak langkahnya.

Hal ini sekaligus telah menarik perhatian bekas pemain badminton nombor 1 dunia iaitu Roslin Hashim dimana beliau menjangkakan tindakan tersebut tidak akan dikenakan buat Lee Zii Jia.

Difahamkan dari laporan Utusan, Roslin tidak dapat menafikan bahawa pengunduran pemain muda berumur 23 tahun ini menjadi satu tamparan hebat buat BAM kerana ia melibatkan pemain utama dalam persatuan mereka.

Meninjau di ruangan komen video asal yang dimuat naik di TikTok, rata-rata netizen turut bersetuju dengan kenyataan beliau dan menganggap tindakan yang dikenakan buat Lee Zii Jia itu tidak adil dan perlu diselesaikan dengan cara yang baik agar memudahkan kedua-dua pihak.

image is not available

Sumber : TikTok  

image is not available 20 jam lalu

"Jangan Lupa Daratan, Ingat Sikit Siapa Tolong" - Rashid Sidek Berang Lee Zii Jia Keluar BAM