
Kota Kinabalu: Kementerian Pembangunan Perindustrian akan terus membantu Persekutuan Industri Sabah (FSI) serta persatuan lain untuk bersama-sama meningkatkan ekonomi negeri.
Sambil memuji FSI kerana menganjurkan Pameran Perdagangan Tahun Baru Cina (TBC), Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Dr Joachim Gunsalam berkata Persekutuan telah lama menjadi rakan strategik Kementeriannya.

