Ayam masak cili kering memukau, sedap tak terkata!

Cooking
14 Jan 2022 • 4:14 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available
Ayam masak cili kering memukau, sedap tak terkata!

MASAKAN berasaskan ayam memang selalu digemari ramai tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa.

Hampir semua keluarga sangat menyukai ayam dan menjadikannya lauk-pauk harian.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!

Bila sebut pasal ayam, aduhai! Tiba-tiba terasa terliur pula terbayangkan ayam masak cili kering.

Rasanya yang sedap tak terkata, pasti memukau selera sesiapa sahaja.

Makan pula bersama nasi panas dan ulam-ulaman membuatkan korang tak toleh kiri dan kanan!

Bahan-bahannya;

  • Bawang merah dimayang
  • Bawang putih dimayang
  • 1 biji Lada besar dimayang
  • 10 tangkai cili kering dipotong kecil
  • Daun kari
  • Sos cili, tomato dan tiram
  • Asam jawa
  • Tepung gandum
  • Telur

image is not available
Ayam goreng korea.

Cara membuatnya;

1. Ayam dipotong kecil, basuh dengan air garam. Celupkan dalam telur dan tepung.

2. Goreng ayam dan toskan minyak.

3. Tumiskan cili kering dan daun kari hingga garing. Masukkan bawang merah, bawang putih, lada dan cili padi.

4. Masukkan semua sos secukupnya. Ikut kuantiti ayam. Masukkan sedikit air biarkan sedikit pekat.

5. Masukkan asam jawa, gula, garam dan secukup rasa.

6. Akhir sekali masukkan ayam yang digoreng tepung dan gaulkan sehingga sebati. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba, semoga bermanfaat!

Sumber: Fatin Pauzi

View Original Article