BlackBerry masih hidup, akan kembali dengan papan kekunci dan 5G tahun ini

TechnologyDigital
10 Jan 2022 • 3:43 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Onwardmobility telah beroleh lesen peranti BlackBerry pada tahun 2020, dan menjanjikan harapan kepada peminat untuk menghasilkan peranti baru BlackBerry yang menyokong rangkaian 5G pada tahun 2021. Tetapi tahun 2022 telah tiba dan tiada tanda-tanda peranti Baru BlackBerry akan muncul.

Kini, Onwardmobility kembali dengan pengumuman baru dan menyatakan bahawa mereka masih hidup. Menurut mereka, tahun 2021 penuh pancaroba untuk mereka cuba melancarkan peranti baru, terutama sekali dengan jangkaan yang tinggi daripada peminat.

Bagi tidak menghampakan lagi mereka yang menantikan kemunculannya, Onwardmobility berjanji akan memberi laporan berkala bermula bulan ini. Ia akan menjawab pelbagai persoalan orang ramai tentang peranti 5G yang ultra-selamat dan masih memiliki papan kekunci fizikal, yang bakal dihasilkan mereka.

image is not available
BlackBerry KEY2

Semasa mengumumkan perjanjian baru BlackBerry bersama mereka pada tahun 2020, CEO Onwardmobility, Peter Franklin menyatakan, profesional perniagaan sangat memerlukan peranti 5G dengan keselamatan tinggi dan membantu produktiviti, di samping tidak mengorbankan pengalaman penggunaan. BlackBerry memang terkenal dalam melindungi komunikasi, privasi dan data. Ini peluang terbaik bagi Onwardmobility bekerjasama dengan BlackBerry dan FIH Mobile untuk memperkenalkan peranti 5G akan datang ke pasaran.

Onwardmobility mensasarkan peranti BlackBerry 5G mereka untuk pengguna yang mahukan keselamatan tinggi bertahap perusahaan. Adakah masih ada permintaan mencukupi untuk peranti dengan papan kekunci fizikal? Semoga Onwardmobility berjaya dalam penghasilan peranti BlackBerry mereka kelak.

[Sumber: Onwardmobilty]

Bacaan Berkaitan