Ninja Van lancar NinjaChat, pengguna boleh jejak pesanan & sembang secara langsung dengan pasukan sokongan

Technology
11 Jan 2022 • 5:27 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Syarikat logistik Ninja Van telah lancarkan gudang terbarunya yang terletak di Shah Alam. Dengan keluasan 260 ribu kaki persegi, ini merupakan gudang yang terbesar setakat ini. Gudang baru ini mempunyai peralatan teknologi inovatif yang mampu proses lebih dari 400 ribu bungkusan setiap hari dari seluruh negara.

image is not available

Dalam masa yang sama, Ninja Van Malaysia juga telah melabur untuk peralatan teknologi terkini seperti mesin DWS (Dimension Weighing and Scanning) yang digunakan untuk mengimbas masuk dan mengambil ukuran tepat bagi berat dan dimensi bungkusan. Selain itu, ada juga penggelek dan penghantar automatik. Untuk proses pengasingan, pekerja di gudang akan menggunakan pengimbas mudah alih.

Platform permesejan NinjaChat

Selain itu, Ninja Van turut lancarkan produk awan untuk menyelesaikan isu berkaitan bungkusan dengan cekap. Salah satunya ialah NinjaChat. Ia merupakan platform permesejan dengan fungsi sembang langsung. Dengannya, pengguna boleh selesaikan isu dengan cepat dan mudah.

Anda boleh jejak pesanan pada setiap proses penghantaran dan uruskan tempahan pengambilan. Di situ juga akan ada ahli Ninja Van dari pasukan sokongan penghantar atau pengurus akaun, hadir secara langsung menjawab pertanyaan anda. Buat masa ini, fungsi tersebut boleh digunakan melalui platform FB Messenger, Telegram, Viber dan Line. Dengan adanya produk awan ini, pelanggan Ninja Van akan lebih mudah mengikuti perkembangan bungkusan yang dihantar atau yang akan diterima dengan lebih terperinci.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved